Salam perkenalan

Salam perkenalan
Noredzan binti A.Bakar bertugas sebagai Guru Besar di SK Dato Abu Bakar Baginda Sepang Selangor .
BLOG INI MASIH DALAM PROSES PEMBIKINAN. HARAP MAKLUM...

Wednesday, April 28, 2010

Rusa masuk kampung

Sendirian....wahai anak-anakku janganlah jadi rusa yang sombong ..yang selalu menyalahkan kakinya yang tidak cantik..rasa rendah diri dengan kaki yang tirus dan huduh tetapi sebaliknya memuji-muji tanduk yang cantik bercabang...tetapi akhirnya kaki yang huduh itulah yang menyelamatkannya dari tembakan pemburu...lari sekuat hati malangnya..tanduk yang cantik itu tersangkut....maka rebahlah rusa tersebut...nasib baik rusa itu berpeluang untuk bangun kembali dan menggunakan kakinya untuk terus berlari..

Mencari ilmu

Pagi ini saya belajar lagi dengan Cikgu Manap. begitulah..ilmu ada dimana-mana.Tidak salah kita orang tua belajar dengan orang muda...saya suka ilmu yang baru..dan pengalaman baru. Pernah satu ketika saya berbual mesra dengan seorang mak cik yang sakit mental, saya ingin tahu apa yang difikirkannya..ternyata dapatannya sangat mengkagumkan..bayangkan mak cik ini menceritakan pengalamannya sebagai amah di rumah seorang pengurus estet.
Petang ini ada aktiviti koko. persatuan dan kelab. Tapi apa yang penting sebelum itu ada Mesyuarat Kurikulum..banyak yang perlu dibincang antaranya post mortem dan analisa UB dan penekanan bidang peningkatan kurikulum dalam NKRA perlu ada komitmen dan kesungguhan dari semua guru.

kelas agama

25 April 2010
Seperti biasa ambil Kak Lang di stasiun komuter, pergi masjid bbn , kelas hari ini menarik.Ustaz Lukmanulhakim memang berwibawa..,kelakar, dan dalam masa yang sama memberi pengajaran .Ya Allah ,lapangkanlah dada kami, permudahkanlah segala urusan kami..dan rahmatilah kehidupan kami. Jauhilah kami dari segala kekusutan, kesulitan, penyakit dan musibah .Berilah kami hidayah dan keampunanMu. Amin.
Telefon Kak Ngah.., katanya kenduri diadakan 1 May nanti dan dek su berangkat ke France 3 May...sabar dan tabah selama 3 tahun nanti hidup di rantau orang..semoga Terima call dari Nek Busu..suruh datang ke rumahnya ambil souvenier dari Hong Kong....amboi asyik berjalan aje nek busu ,usia dah 70+ tapi kuat lagi.Insyaallah saya nak ikut budaya dan gaya hidupnya menjaga kesihatan.
Petang sempat 5X tawaf tasik nilai impian bersama suami. Dia dalam usaha mengecilkan saiz perut..jalan santai..tapi sakit kaki juga..at least berpeluh dan sihat.Malam sama-sama tak makan nasi..itulah rutin kami berdua, sehati sejiwa hingga ke akhir nanti

sabtu

24 April 2010.
Program j QAF berjalan lancar. seperti yang dijangka, kehadiran tidak memberansangkan. Tetapi kita mesti positif, semua cikgu diagih dan bila jumlah murid sedikit guru boleh menumpukan seorang demi seorang ..bonus bagi murid-murid kerana mendapat ajaran yang lebih fokus
Petang , tertidur keletihan..petang buat gardening suka lihat bunga yang colourful..indahnya

harapan guru

23 April 2010
Pagi ini perhimpunan sekejap hanya untuk mengingatkan murid esok ada sekolah ganti, ganti hari raya.Tahun 1 hingga 5 ada program Bestari Solat, dah tak ada hari yang terluang. Jadual diberi pada ibu bapa. Tengoklah bagaimana respon murid...begitulah , hasrat kerajaan sangat murni dan guru selaku jentera pelaksana bersungguh-sungguh membuat program ,bermesyuarat ,agih tugas, berbincang kemudian melaksana hingga terlupa makan dan minum dengan segala peralatan yang ada, tenaga, masa dan wang ringgit.....tapi....sungguh mengecewakan.....ada ibu bapa yang sengaja tidak mau menghantar anak menghadiri kem bestari ini...maka kehadiran mengecewakan...maka hasrat kerajaan tinggal hasrat saja.....dan guru ..tersungkur...keletihan....DIMANA SILAPNYA..so....lepas ni ada post mortem...ada laporan dan kajian semula

doa ibu

22 April 2010
Doa ibu adalah doa yang paling makbul..alhamdulillah syukur ke hadhrat Allah SAW betapa kekuatan doa tersebut menghapus segala kebimbangan selama ini .Berita gembira membuka lembaran hari ini , Faridz berjaya dalam temuduganya dan akan memulakan pekerjaan yang dicita-citakannya mulai Mei ini. Saya sangat bersyukur kerana dia memulakan karier dimasa muda, berkarisma dan berkemampuan untuk terus maju..itulah yang saya harapkan, setiap detik mama berdoa agar kamu sentiasa dibawah keberkatanNya... janganlah kamu meninggalkan suruhanNya kerana segala yang terjadi adalah hikmah dari Allah yang Maha Mengetahui. Untuk putriku Farissya, belajarlah bersungguh, perbaikki tingkahlaku dan sentiasa bersemangat dan fikirkan boleh...kerana apa yang kita fikirkan itulah kita. Perjalanan masih jauh... jadi kuatkan semangat ,berkeyakinan dan sentiasa berdoa pada Allah agar kita sentiasa dibawah keberkatanNya....
Sesuatu yang perlu dirai seisi keluarga, makan di restoran tanpa Syasya .Banyak yang dibincang..happy dan bersyukur,seperti biasa.. mama sarat dengan nasihat,terserah..nak ambil atau tidak satu ketika nanti ada perkara yang boleh dijadikan panduan

21 April

21 April 2010

Sepanjang hari ini terasa kepuasan dalam diri kerana beberapa tugasan dan program dapat diselesaikan dengan baik.Antara tugasan mendesak ialah NKRA -SIP untuk SK Dato Abu Bakar Baginda dah key in cantik..Kemudian pengesahan untuk guru-guru yang memohon bertukar perlu disahkan dalam eGTUKAR .Kali ini seramai 3 orang guru bertukar,2 antara negeri dan seorang pindah sebelah rumah saja.Tugas saya mengesahkan, apa alasan mereka kita perlu prihatin cuma sedikit nasihat kepada guru-guruku masalah yang timbul ialah pengurusan pengesahan akan sedikit rumit jika kita bertukar sebelum kita confirm.Beberapa pelawat datang bertemu..Che Mad yang membetulkan mesin fotostat pejabat.Sempat berbual dengannya..yang menarik tentang pandangan politik berkaitan Pilihanraya Hulu Selangor. Saya berfikiran terbuka dan saya menilai setiap buah fikiran beliau..Setiap pandangan saya sambut dengan senyuman..danpositif negatifnya. Kemudian saya dikunjungi oleh teman lama si Wendy so suprise kerana dia on the way ke Hitachi BBBangi.Seronok berbual dengannya yang seorang workerholick.Walaupun dia berbangsa Cina tapi saya kagum dengan kegigihannya...sesuatu yang patut dicontohi.