Salam perkenalan

Salam perkenalan
Noredzan binti A.Bakar bertugas sebagai Guru Besar di SK Dato Abu Bakar Baginda Sepang Selangor .
BLOG INI MASIH DALAM PROSES PEMBIKINAN. HARAP MAKLUM...

Thursday, July 1, 2010

Paling lama tidak menulis blog....hampir 2 bulan..kerana leka dengan face book..sibuk dengan kerja, kursus, dansebagainya. 4 hari bermesyuarat di Seri Cempaka Suites..hebat. Banyak pengalaman baru yang rasanya sangat berharga..info terbaru dan refresh yang lama.
untuk petang ini terlalu penat..cukuplah jika dinyatakan bahawa setiap tugas adalah cabaran dan selagi bernama guru maka cabaran ini perlu dipikul dan tugas dilaksana dengan penuh tanggungjawa.

Wednesday, June 2, 2010

tips kesihatan

pagi ini lewat sampai ke sekolah..bukan apa ..bila terbangun tengah malam susah nak tidur lagi..maka lewat bangun..bila lewat bangun lewat kluar rumah maka dihambat oleh sesak lepas tol bangi dan sesak di simpang depan mpi..inilah penyakit wanita lima puluhan..terbangun t.malam dan susah nak tidur balik...bila tak tidur for sure..badan jadi lesu keesokan harinya.
cara mengatasi bagi saya ialah aura...dan saya akanmemakai warna-warna yang cerah, membara dan bersemangat..jangan pelik saya yang berusia lima puluhan akan memakai baju merah..polos lagi..kadang2 tudung yang lip lap..kasut dan handbag..itu sebab jangan marah bila saya bershopping ...untuk saya dan kerjaya saya..
semalam pn handon mengedarkan risalah makanan yang perlu dielak oleh pengidap diabetes dan gaut..hai.. setakat ini saya masih belum tersenarai dalam golongan ini tetapi mencegah lebih baik..nampaknya..semua yang lazat2 dah tak boleh makan...sebenarnya dalam islam sendiri dah menyebut bahawa kita mestilah sentiasa bersederhana..maka bila makan pun biarlah bersederhana...

Thursday, May 27, 2010

persaraan yang manis

Semalam sempat mengunjungi Pn.Hjh.Asmah guru besar SK.Kg.Bharu Lanjut yang akan bersara. Perjumpaan itu sebenarnya hanya untuk bersantai santai tapi bila dah ramai kawan-kawan datang suasana menjadi meriah pula.
Persaraan adalah suatu kemestian tetapi bagi saya rasa tak nak cepat datang sebabnya..saya merasakan banyak yang tidak mampu saya lakukan. Kalau saya bersara biarlah persaraan itu satu kepuasan biar semua dah tercapai..baik di bidang kerja maupun diri sendiri.
Saya mengimpikan satu persaraan yang manis. Semalam saya teruja dengan kata-kata Pn Hjh.Asma bahawa dia tak sabar nak bersara, nak menumpukan perhatian pada keluarga, suami dan anak-anak.....saya terkedu..ya tuhan..selama ini dalam kesibukan kerja sebenarnya kita banyak mengabaikan tanggungjawab kita sebagai isteri dan ibu...waah memanglah wanita itu mudah masuk syurga dan mudah masuk neraka...Ya Tuhanku...ampuni dosaku..kau berkatilah suamiku, anak-anakku..dan jadikan aku diantara wanita-wanita yang engkau berkati.

Sunday, May 23, 2010

bangkit semula

Lepas balik dari kelas di masjid bbn..saya, suami dan kak lang sempat menjenguk ke nilai 3 bukan nak shopping tapi nak memberi semangat kepada abang ipar yang baru membuka kedai kain /langsir di sana...kedai baru renovate... cantik..kak lang sempat membeli 2 potong kain yang cantik coraknya..oklahh..harga pembukaan. bagi saya membeli kena pikir berkali2 sbb kadang2 rasa pembaziran saja..kecuali kalau dah berkenan sangat.
Tahniah buat abang ipar kerana jatuh bangun beliau dalam bidang perniagaan..mula-mula kerja dgn bayer...kencang..sehingga sampai ke peringkat GM..konon2 x nak kerja dengan German lagi buat kilang sendiri..buat pengeluar barangan pelastik untuk komponen kereta....entah dimana silapnya...kilang terjual..rumahtangga goncang..sambung lagi ..buat kilang juga coating..tapi sekejap je..tak serik lagi...sekarang bangunkan pula kedai tekstile...harap berjaya..perlu tabah dan kuat bekerja..ok..kami doakan semoga berjaya...
Malam..tunggu faridz di rumah nilai...waahh dah lama tak jumpa mama ..maklum sibuk..begitulah orang meja berita..tak kisah yang penting dia puas dan seronok

Thursday, May 20, 2010

Sambutan Hari Guru

Minggu ni sibuk sana sini menyambut hari guru..alhamdulillah..hari isnin membaca perutusan daripada YAB Menteri Pelajaran dan KPPM..tapi tulah ..yang faham hanya guru.. so murid-murid sekolah rendah...biasalah..paling -paling boleh bertahan 10 minit tak boleh salahkan mereka kerana bahasa penyampaian yang tinggi mereka tak faham..so..bila saya berucap maka laras bahasa perlu diturunkan..baru mereka fokus.. banyakkan cerita nostalgia guru zaman dulu..ada humor tetapi sikap hormatkan guru terus ditanam sejak awal lagi.
Hampir seminggu tidak menulis blog ..kerana sibuk memanjang..

Saturday, May 15, 2010

malam penuh kesyukuran

kesyukuran atas kesihatan yang baik, rezki dan cita-cita disampaikan tuhan..alhamdulillah selpetang khamis malam jumaat ...buat sedikit majlis kesyukuran di surau..ala kadar ..baca yassin, doa epas maghrib membaca surah yassin bertahlil.. dan doa kesyukuran..

Wednesday, May 12, 2010

bersama TNB

petang tadi sempat bersama TNB dalam majlis dailog yang cukup simple dan sekurang-kurangnya memuaskan hati semua .gembira bersama bebeapa teman sejawat, dan seorang pegawai ppd En.Ahmad Karim ..kalau nak dikirakan memang banyak masalah di sekolah ..insyaallah semuanya dapat diatasi
sebelum itu sempat ke ppd bertemu kawan2 yang ditauliahkan krs .smart..
hari ini penuh dengan cerita..suka..duka..debar..dan bercampur-campur..Ya Allah..berikan petunjuk dan hidayah.. supaya aku mampu menjadi seorang pemimpin yang baik.

Thursday, May 6, 2010

klasik fm

balik sekolah jam 5, sepanjang perjalanan melayan klasik fm, nostalgia yang bermain diminda, terlalu jelas dan sukar dipadam...lirik yang simple tapi catchy..hari ini kau datang riang, tersenyum buatku senang, kauhias, dirimu membuat hati bertambah sayang, tapi semalam wajahmu muram, mengapa, dewi mengapa, apakah aku bersalah..cobalah dewi katakan..jangan dewi jangan begitu..senyum-senyumlah selalu..manis, riang, wajah bertambah jelitaaa...itulah petikan lirik lagu j.mizan...tika itu sedang remaja..dijemput menyertai saturday nite elit..di sdar aduuuh..mendendangkan lagu jenggo...dipopularkan oleh lilis suriyani.
sampai di rumah terkejut dengar kabar dari suami..bahawa classmate yang baru jumpa masa kenduri kawin anak temannya juga telah meninggal pagi tadi..innalillahiwainnailaihirrajiuun...terlalu rapuhnya sebuah nyawa..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh orang-orang yang soleh..alfatihah..

Monday, May 3, 2010

hijrah

Hari ini cuti rehat...tapi sebenarnya..menghantar farissya ke stad..,hijrah lagi. tahun ini saja farissya bergerak dari smka ke teknik dan dari teknik ke stad. masih lagi mencari-cari kepuasan tapi perlu dibimbing dan dikaunsel. begitulah takdirnya....nak dipaksa takut akan jadi tekanan...maka terserahlah..yang penting dia membuat pilihan yang terbaik baginya.
Memang jika difikir..boleh bertegas kerana ini penyumbang kepada masa depannya..tapi haknya untuk memilih..jadi kita ibubapa doakan yang terbaik untuknya

Saturday, May 1, 2010

hari untuk rehat

1 May ialah hari pekerja so..hari ini rehatkan badan rehatkan minda ...tapi kalau dah suka berfikir rehat pun masih menggunakan fungsi otak juga maka dalam usaha merehatkan minda..pejamkan mata bayangkan suasana dingin... rileks ...terbayang zaman kanak-kanak..kehidupan yang sukar..dikampung..sawah terbentang..sungai mengalir tenang ada batang kelapa yang melintangi kerana akarnya runtuh di tebing...anak-anak ikan kecil bermain dilubuknya....bunyi unggas berkicauan..dan melihat satu satu embun yang jatuh di hujung daun..embun yang klasik..maksudnya embun yang tidak dicemari. Bau rumput yang segar...aromanya menusuk ke tangkai hati..aaahhh desa yang permai.
Betapa rindunya kita pada suasana yang itu..suasana sebegitu tidak wujud lagi..air sungai sudah keruh... sawah terbiar..kalau rajin adalah kebun serai menggantikan padi...embun yang menitik tidak sejernih dulu..penuh dengan jerebu dan asid akibat kilang berdekatan..bunyi unggas sudah lama tak kedengaran ..entah kemana hilangnya..

Wednesday, April 28, 2010

Rusa masuk kampung

Sendirian....wahai anak-anakku janganlah jadi rusa yang sombong ..yang selalu menyalahkan kakinya yang tidak cantik..rasa rendah diri dengan kaki yang tirus dan huduh tetapi sebaliknya memuji-muji tanduk yang cantik bercabang...tetapi akhirnya kaki yang huduh itulah yang menyelamatkannya dari tembakan pemburu...lari sekuat hati malangnya..tanduk yang cantik itu tersangkut....maka rebahlah rusa tersebut...nasib baik rusa itu berpeluang untuk bangun kembali dan menggunakan kakinya untuk terus berlari..

Mencari ilmu

Pagi ini saya belajar lagi dengan Cikgu Manap. begitulah..ilmu ada dimana-mana.Tidak salah kita orang tua belajar dengan orang muda...saya suka ilmu yang baru..dan pengalaman baru. Pernah satu ketika saya berbual mesra dengan seorang mak cik yang sakit mental, saya ingin tahu apa yang difikirkannya..ternyata dapatannya sangat mengkagumkan..bayangkan mak cik ini menceritakan pengalamannya sebagai amah di rumah seorang pengurus estet.
Petang ini ada aktiviti koko. persatuan dan kelab. Tapi apa yang penting sebelum itu ada Mesyuarat Kurikulum..banyak yang perlu dibincang antaranya post mortem dan analisa UB dan penekanan bidang peningkatan kurikulum dalam NKRA perlu ada komitmen dan kesungguhan dari semua guru.

kelas agama

25 April 2010
Seperti biasa ambil Kak Lang di stasiun komuter, pergi masjid bbn , kelas hari ini menarik.Ustaz Lukmanulhakim memang berwibawa..,kelakar, dan dalam masa yang sama memberi pengajaran .Ya Allah ,lapangkanlah dada kami, permudahkanlah segala urusan kami..dan rahmatilah kehidupan kami. Jauhilah kami dari segala kekusutan, kesulitan, penyakit dan musibah .Berilah kami hidayah dan keampunanMu. Amin.
Telefon Kak Ngah.., katanya kenduri diadakan 1 May nanti dan dek su berangkat ke France 3 May...sabar dan tabah selama 3 tahun nanti hidup di rantau orang..semoga Terima call dari Nek Busu..suruh datang ke rumahnya ambil souvenier dari Hong Kong....amboi asyik berjalan aje nek busu ,usia dah 70+ tapi kuat lagi.Insyaallah saya nak ikut budaya dan gaya hidupnya menjaga kesihatan.
Petang sempat 5X tawaf tasik nilai impian bersama suami. Dia dalam usaha mengecilkan saiz perut..jalan santai..tapi sakit kaki juga..at least berpeluh dan sihat.Malam sama-sama tak makan nasi..itulah rutin kami berdua, sehati sejiwa hingga ke akhir nanti

sabtu

24 April 2010.
Program j QAF berjalan lancar. seperti yang dijangka, kehadiran tidak memberansangkan. Tetapi kita mesti positif, semua cikgu diagih dan bila jumlah murid sedikit guru boleh menumpukan seorang demi seorang ..bonus bagi murid-murid kerana mendapat ajaran yang lebih fokus
Petang , tertidur keletihan..petang buat gardening suka lihat bunga yang colourful..indahnya

harapan guru

23 April 2010
Pagi ini perhimpunan sekejap hanya untuk mengingatkan murid esok ada sekolah ganti, ganti hari raya.Tahun 1 hingga 5 ada program Bestari Solat, dah tak ada hari yang terluang. Jadual diberi pada ibu bapa. Tengoklah bagaimana respon murid...begitulah , hasrat kerajaan sangat murni dan guru selaku jentera pelaksana bersungguh-sungguh membuat program ,bermesyuarat ,agih tugas, berbincang kemudian melaksana hingga terlupa makan dan minum dengan segala peralatan yang ada, tenaga, masa dan wang ringgit.....tapi....sungguh mengecewakan.....ada ibu bapa yang sengaja tidak mau menghantar anak menghadiri kem bestari ini...maka kehadiran mengecewakan...maka hasrat kerajaan tinggal hasrat saja.....dan guru ..tersungkur...keletihan....DIMANA SILAPNYA..so....lepas ni ada post mortem...ada laporan dan kajian semula

doa ibu

22 April 2010
Doa ibu adalah doa yang paling makbul..alhamdulillah syukur ke hadhrat Allah SAW betapa kekuatan doa tersebut menghapus segala kebimbangan selama ini .Berita gembira membuka lembaran hari ini , Faridz berjaya dalam temuduganya dan akan memulakan pekerjaan yang dicita-citakannya mulai Mei ini. Saya sangat bersyukur kerana dia memulakan karier dimasa muda, berkarisma dan berkemampuan untuk terus maju..itulah yang saya harapkan, setiap detik mama berdoa agar kamu sentiasa dibawah keberkatanNya... janganlah kamu meninggalkan suruhanNya kerana segala yang terjadi adalah hikmah dari Allah yang Maha Mengetahui. Untuk putriku Farissya, belajarlah bersungguh, perbaikki tingkahlaku dan sentiasa bersemangat dan fikirkan boleh...kerana apa yang kita fikirkan itulah kita. Perjalanan masih jauh... jadi kuatkan semangat ,berkeyakinan dan sentiasa berdoa pada Allah agar kita sentiasa dibawah keberkatanNya....
Sesuatu yang perlu dirai seisi keluarga, makan di restoran tanpa Syasya .Banyak yang dibincang..happy dan bersyukur,seperti biasa.. mama sarat dengan nasihat,terserah..nak ambil atau tidak satu ketika nanti ada perkara yang boleh dijadikan panduan

21 April

21 April 2010

Sepanjang hari ini terasa kepuasan dalam diri kerana beberapa tugasan dan program dapat diselesaikan dengan baik.Antara tugasan mendesak ialah NKRA -SIP untuk SK Dato Abu Bakar Baginda dah key in cantik..Kemudian pengesahan untuk guru-guru yang memohon bertukar perlu disahkan dalam eGTUKAR .Kali ini seramai 3 orang guru bertukar,2 antara negeri dan seorang pindah sebelah rumah saja.Tugas saya mengesahkan, apa alasan mereka kita perlu prihatin cuma sedikit nasihat kepada guru-guruku masalah yang timbul ialah pengurusan pengesahan akan sedikit rumit jika kita bertukar sebelum kita confirm.Beberapa pelawat datang bertemu..Che Mad yang membetulkan mesin fotostat pejabat.Sempat berbual dengannya..yang menarik tentang pandangan politik berkaitan Pilihanraya Hulu Selangor. Saya berfikiran terbuka dan saya menilai setiap buah fikiran beliau..Setiap pandangan saya sambut dengan senyuman..danpositif negatifnya. Kemudian saya dikunjungi oleh teman lama si Wendy so suprise kerana dia on the way ke Hitachi BBBangi.Seronok berbual dengannya yang seorang workerholick.Walaupun dia berbangsa Cina tapi saya kagum dengan kegigihannya...sesuatu yang patut dicontohi.