Salam perkenalan

Salam perkenalan
Noredzan binti A.Bakar bertugas sebagai Guru Besar di SK Dato Abu Bakar Baginda Sepang Selangor .
BLOG INI MASIH DALAM PROSES PEMBIKINAN. HARAP MAKLUM...

Thursday, May 27, 2010

persaraan yang manis

Semalam sempat mengunjungi Pn.Hjh.Asmah guru besar SK.Kg.Bharu Lanjut yang akan bersara. Perjumpaan itu sebenarnya hanya untuk bersantai santai tapi bila dah ramai kawan-kawan datang suasana menjadi meriah pula.
Persaraan adalah suatu kemestian tetapi bagi saya rasa tak nak cepat datang sebabnya..saya merasakan banyak yang tidak mampu saya lakukan. Kalau saya bersara biarlah persaraan itu satu kepuasan biar semua dah tercapai..baik di bidang kerja maupun diri sendiri.
Saya mengimpikan satu persaraan yang manis. Semalam saya teruja dengan kata-kata Pn Hjh.Asma bahawa dia tak sabar nak bersara, nak menumpukan perhatian pada keluarga, suami dan anak-anak.....saya terkedu..ya tuhan..selama ini dalam kesibukan kerja sebenarnya kita banyak mengabaikan tanggungjawab kita sebagai isteri dan ibu...waah memanglah wanita itu mudah masuk syurga dan mudah masuk neraka...Ya Tuhanku...ampuni dosaku..kau berkatilah suamiku, anak-anakku..dan jadikan aku diantara wanita-wanita yang engkau berkati.

No comments:

Post a Comment