Salam perkenalan

Salam perkenalan
Noredzan binti A.Bakar bertugas sebagai Guru Besar di SK Dato Abu Bakar Baginda Sepang Selangor .
BLOG INI MASIH DALAM PROSES PEMBIKINAN. HARAP MAKLUM...

Thursday, July 1, 2010

Paling lama tidak menulis blog....hampir 2 bulan..kerana leka dengan face book..sibuk dengan kerja, kursus, dansebagainya. 4 hari bermesyuarat di Seri Cempaka Suites..hebat. Banyak pengalaman baru yang rasanya sangat berharga..info terbaru dan refresh yang lama.
untuk petang ini terlalu penat..cukuplah jika dinyatakan bahawa setiap tugas adalah cabaran dan selagi bernama guru maka cabaran ini perlu dipikul dan tugas dilaksana dengan penuh tanggungjawa.

Wednesday, June 2, 2010

tips kesihatan

pagi ini lewat sampai ke sekolah..bukan apa ..bila terbangun tengah malam susah nak tidur lagi..maka lewat bangun..bila lewat bangun lewat kluar rumah maka dihambat oleh sesak lepas tol bangi dan sesak di simpang depan mpi..inilah penyakit wanita lima puluhan..terbangun t.malam dan susah nak tidur balik...bila tak tidur for sure..badan jadi lesu keesokan harinya.
cara mengatasi bagi saya ialah aura...dan saya akanmemakai warna-warna yang cerah, membara dan bersemangat..jangan pelik saya yang berusia lima puluhan akan memakai baju merah..polos lagi..kadang2 tudung yang lip lap..kasut dan handbag..itu sebab jangan marah bila saya bershopping ...untuk saya dan kerjaya saya..
semalam pn handon mengedarkan risalah makanan yang perlu dielak oleh pengidap diabetes dan gaut..hai.. setakat ini saya masih belum tersenarai dalam golongan ini tetapi mencegah lebih baik..nampaknya..semua yang lazat2 dah tak boleh makan...sebenarnya dalam islam sendiri dah menyebut bahawa kita mestilah sentiasa bersederhana..maka bila makan pun biarlah bersederhana...

Thursday, May 27, 2010

persaraan yang manis

Semalam sempat mengunjungi Pn.Hjh.Asmah guru besar SK.Kg.Bharu Lanjut yang akan bersara. Perjumpaan itu sebenarnya hanya untuk bersantai santai tapi bila dah ramai kawan-kawan datang suasana menjadi meriah pula.
Persaraan adalah suatu kemestian tetapi bagi saya rasa tak nak cepat datang sebabnya..saya merasakan banyak yang tidak mampu saya lakukan. Kalau saya bersara biarlah persaraan itu satu kepuasan biar semua dah tercapai..baik di bidang kerja maupun diri sendiri.
Saya mengimpikan satu persaraan yang manis. Semalam saya teruja dengan kata-kata Pn Hjh.Asma bahawa dia tak sabar nak bersara, nak menumpukan perhatian pada keluarga, suami dan anak-anak.....saya terkedu..ya tuhan..selama ini dalam kesibukan kerja sebenarnya kita banyak mengabaikan tanggungjawab kita sebagai isteri dan ibu...waah memanglah wanita itu mudah masuk syurga dan mudah masuk neraka...Ya Tuhanku...ampuni dosaku..kau berkatilah suamiku, anak-anakku..dan jadikan aku diantara wanita-wanita yang engkau berkati.

Sunday, May 23, 2010

bangkit semula

Lepas balik dari kelas di masjid bbn..saya, suami dan kak lang sempat menjenguk ke nilai 3 bukan nak shopping tapi nak memberi semangat kepada abang ipar yang baru membuka kedai kain /langsir di sana...kedai baru renovate... cantik..kak lang sempat membeli 2 potong kain yang cantik coraknya..oklahh..harga pembukaan. bagi saya membeli kena pikir berkali2 sbb kadang2 rasa pembaziran saja..kecuali kalau dah berkenan sangat.
Tahniah buat abang ipar kerana jatuh bangun beliau dalam bidang perniagaan..mula-mula kerja dgn bayer...kencang..sehingga sampai ke peringkat GM..konon2 x nak kerja dengan German lagi buat kilang sendiri..buat pengeluar barangan pelastik untuk komponen kereta....entah dimana silapnya...kilang terjual..rumahtangga goncang..sambung lagi ..buat kilang juga coating..tapi sekejap je..tak serik lagi...sekarang bangunkan pula kedai tekstile...harap berjaya..perlu tabah dan kuat bekerja..ok..kami doakan semoga berjaya...
Malam..tunggu faridz di rumah nilai...waahh dah lama tak jumpa mama ..maklum sibuk..begitulah orang meja berita..tak kisah yang penting dia puas dan seronok

Thursday, May 20, 2010

Sambutan Hari Guru

Minggu ni sibuk sana sini menyambut hari guru..alhamdulillah..hari isnin membaca perutusan daripada YAB Menteri Pelajaran dan KPPM..tapi tulah ..yang faham hanya guru.. so murid-murid sekolah rendah...biasalah..paling -paling boleh bertahan 10 minit tak boleh salahkan mereka kerana bahasa penyampaian yang tinggi mereka tak faham..so..bila saya berucap maka laras bahasa perlu diturunkan..baru mereka fokus.. banyakkan cerita nostalgia guru zaman dulu..ada humor tetapi sikap hormatkan guru terus ditanam sejak awal lagi.
Hampir seminggu tidak menulis blog ..kerana sibuk memanjang..

Saturday, May 15, 2010

malam penuh kesyukuran

kesyukuran atas kesihatan yang baik, rezki dan cita-cita disampaikan tuhan..alhamdulillah selpetang khamis malam jumaat ...buat sedikit majlis kesyukuran di surau..ala kadar ..baca yassin, doa epas maghrib membaca surah yassin bertahlil.. dan doa kesyukuran..

Wednesday, May 12, 2010

bersama TNB

petang tadi sempat bersama TNB dalam majlis dailog yang cukup simple dan sekurang-kurangnya memuaskan hati semua .gembira bersama bebeapa teman sejawat, dan seorang pegawai ppd En.Ahmad Karim ..kalau nak dikirakan memang banyak masalah di sekolah ..insyaallah semuanya dapat diatasi
sebelum itu sempat ke ppd bertemu kawan2 yang ditauliahkan krs .smart..
hari ini penuh dengan cerita..suka..duka..debar..dan bercampur-campur..Ya Allah..berikan petunjuk dan hidayah.. supaya aku mampu menjadi seorang pemimpin yang baik.

Thursday, May 6, 2010

klasik fm

balik sekolah jam 5, sepanjang perjalanan melayan klasik fm, nostalgia yang bermain diminda, terlalu jelas dan sukar dipadam...lirik yang simple tapi catchy..hari ini kau datang riang, tersenyum buatku senang, kauhias, dirimu membuat hati bertambah sayang, tapi semalam wajahmu muram, mengapa, dewi mengapa, apakah aku bersalah..cobalah dewi katakan..jangan dewi jangan begitu..senyum-senyumlah selalu..manis, riang, wajah bertambah jelitaaa...itulah petikan lirik lagu j.mizan...tika itu sedang remaja..dijemput menyertai saturday nite elit..di sdar aduuuh..mendendangkan lagu jenggo...dipopularkan oleh lilis suriyani.
sampai di rumah terkejut dengar kabar dari suami..bahawa classmate yang baru jumpa masa kenduri kawin anak temannya juga telah meninggal pagi tadi..innalillahiwainnailaihirrajiuun...terlalu rapuhnya sebuah nyawa..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh orang-orang yang soleh..alfatihah..